Adakah Kamu Ingin Menjadi Seekor Khinzir atau Seekor Kambing? 

Jika diberi pilihan, adakah kamu ingin menjadi seekor khinzir atau seekor kambing?

A: Adakah kita masih berbual tentang topik “menjadi orang yang bermanfaat” pada zaman ini? Pada suatu doa pagi, seorang pekongsi bertanya satu soalan yang istimewa. Dia bertanya: “Jika diberi pilihan, adakah kamu ingin menjadi seekor khinzir atau seekor kambing?”

Dalam hati, saya terfikir: jika diberi pilihan, saya akan memilih untuk menjadi seekor kambing kerana kambing amat comel dan bersifat taat setia. Kemudian saya pun terfikir sama ada orang yang akan memilih untuk menjadi khinzir. Jawapannya, tentu ada. Ini adalah kerana mereka ingin menjadi orang yang lebih berbeza, ingin menunjukkan kreativiti, mengeluarkan kata-kata yang menakjubkan dan mendapat pujian dari jemaah.  Tekaan saya tepat dan memang ada seorang pemuda memilih untuk menjadi khinzir.

Semua orang ingin menyetahui sebab dia memilih untuk menjadi seekor khinzir. Saya terfikir lagi: orang muda itu tentu akan menjawab: “Adalah sangat bahagia untuk menjadi seekor khinzir kerana khinzir tidak perlu bimbang tentang apa-apa. Ia cuma perlu makan, minum dan tidur.” Bila tiba masa untuk disembelih, dia pun boleh menjawab bahawa setiap orang akan mati pada suatu hari! Apa yang penting adalah hidup tanpa kerisauan!”

Tidak terlintas dalam fikiran saya, orang muda itu menjawb sebegini. Dia berkata: “Khinzir sangat berguna. Seluruh badannya bermanfaat.” Saya tidak tersangka dia akan menggunakan “manfaat” sebagai fokus. Dia berharap diri sendiri dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan gereja. Dia ingin menjadi “orang yang bermanfaat”! Jawapannya menyentuh hati saya kerana masih ada orang yang berfikir untuk menyumbang jasa kepada masyarakat dan menjadi orang yang bermanfaat pada zaman ini. Saya menekan butang “Like” untuknya di dalam hati saya.

“Menjadi orang yang bermanfaat” adalah kata-kata nasihat yang sering diberikan oleh orang tua. Namun begitu, berapa orang pemuda-pemudi yang akan merenum maksudnya dan mengambil tindakan? Pelbagai agama dan pendidikan moral juga mengajar kita untuk menjadi orang yang bermanfaat, seperti yang dikatakan dalam Alkitab, kita perlu menjadi garam dan bersinar seperti cahaya. Ini adalah ajaran lazim untuk semua agama dan pendidikan moral. Adakah kita menyimpan pesanan ini di dalam hati? Adakah kita sedar tentang tanggungjawab kita terhadap masyarakat? Apakah peranan kita dan apa yang patut kita buat? Adakah kita benar-benar “bermanfaat”?

Adakah kita manusia yang “bermanfaat”? Saya tersedar manusia perlu mengetahui matlamat hidup dan berusaha menjadi orang yang bermanfaat. Dengan matlamat ini, maka kita dapat hidup dengan bermakna!

Sumber artikel:梁婷婷《够好的生命花园》,文桥传播中心有限公司

About the author