Cinta yang Berpanjangan? 

Pelari jarak jauh biasanya dikenali dengan semangat yang gigih dan tidak senang berputus asa. Secara logik, pelari maraton sepatutnya mempunyai semangat sebegini dalam setiap aspek hidup. Kesudahan Wanjiru amat dikesali. Hal ini menunjukkan sifat manusia yang mempunyai ketabahan dan kelemahan. Orang muda juga akan letih dan penat, para teruna juga akan jatuh tersandung. Wahai manusia, sila dengar suara hatimu! Kemungkinan ini adalah tanda amaran merah hidup kamu. Ia adalah tanda kamu perlu berwaspada dan bertanggungjawab terhadap hidup kamu sendiri.

Continue Reading

Putus Cinta 

Setiap orang mengalami putus cinta dengan emosi dan psikologi yang berbeza. Ada orang yang ‘balik ke normal’ selepas beberapa hari. Ada pula yang mengalami kesengsaraan untuk beberapa bulan, bertukar menjadi ciptaan baru dan mencari kekasih baru selepas itu. Ada pula yang memerlukan setahun, dua tahun atau beberapa tahun untuk mengembumikan cinta lama, mencari balik keyakinan diri dan memulakan hidup baru. Yang menyedihkan ialah, ada segolongan orang yang tidak dapat melupakan bekas kekasih untuk seumur hidup.

Continue Reading

Bagaimana Membuat Pengisytiharan Cinta? 

Kita akan cuba memberitahu perasaan kita kepada orang yang dikasihi. Ironiknya, kita juga takut apabila pengisytiharan cinta ditolak. Ramai yang ingin tahu cara yang terbaik untuk membuat pengisytiharan cinta. Manusia adalah makhluk yang berperasaan. Setiap orang mempunyai keperluan dan sikap yang berbeza. Di dunia ini, satu kaedah tidak semestinya sesuai untuk memenuhi kehendak semua orang. Cara pengisytiharan cinta termasuk memberi bunga, hadiah, menulis surat cinta, menghantar mesej, mewujudkan suasana yang romantis dan sebagainya.

Continue Reading